Ringkasan Ais Kosong

Filem Ais Kosong mengisahkan tentang tiga sahabat yang melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan bagaimana perjalanan mereka dihambat oleh kumpulan mafia. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka menyebabkan aktiviti dua orang penjenyaha dari kumpulan mafia itu dalam bahaya dan mungkin akan dihentikan oleh polisi. Salah seorang daripada dua penjenayah tersebut cuba mengejar tiga sekawan itu, kerana dia menganggap bahawa mereka telah dibayar oleh pesaing kumpulan mafia itu untuk menjatuhkan perniagaan haram mereka. Dua kumpulan mafia dan tiga sekawan yang melakukan perjalanan itu akhirnya bertemu di Pulau Pinang.